Friday 4 November 2011

HAYATI IBADAH KORBAN



MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN

Pada Hari Raya Haji  ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.
Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.
Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:
"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".
Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.
Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya: 
"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)
 
Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.
Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak. 
Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.
Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.
Amin ya Rabbal Alamin!oleh Syed Hassan Al Atas


Sunday 21 August 2011

HOT LEMANG SG BESAR KEMBALI LAGI!!!!

Sebelum Uncle Start Story kat U ALL...UNCLE NAK PROMOSI SIKIT:
Tahun Ni macam biasalah..kalau nampak HOT LEMANG mari2 lah Singgah...BANNER BESAR2 Uncle letak...huuuuuhuh
Lokasi Tahun Nie berhampiran PASAR AWAM LAMA SG BESAR @hadapan dengan Stesyen Bas Sg besar...Mcam biasalah Gred ada Yg (S,M,L,XL,XXL)


So hari nie Uncle nak Citer lah Sikit Pasal makanan,lagi-lagi bila nak raya ni kan so Lemang adalah salah satunya....Lemang nie adalah makanan tradisional melayu,bila raya jer baru jumpa,tapi skang tak kira raya x raya ada jer orang jual lemang kat tepi-tepi jalan betul x....

ingat lagi bilaa duk di Kg blah Isteri di Batang Berjuntai ehh jangan tak tau BB tu dah tukar nama...skang dipanggil Berjuntai Bestari...ingat lagi dengan ayaah mentua bila nak raya jer sibuk lah kami turun di tepi lombong mencari buluh untuk standby raya..kali nie beraya di rumah mertua dengan anak-anak jadi meriahlah sikit so kene lah tebang banyak skit buluhnya.....Kalau nak Tau Lemang Mertua Sy (Abg Marasid)Popular kat bb...kadang2 tu x buat jual kami bakar di tepi jalan,ada jugak orang otw balik KG beli,nak wat macam mana sejak tu mula lah jual,ingat dah lebih kurang 30 tahun so skang saya lah mewarisi kepakarannya.......


Bab cara membakar pulak...kalau tengok dulu orang-orang lama bakar atas tanah je....uncle isshh paling x suka...leceh laa...xtpi nak wat camne bak kata orang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas so dah masuk zaman moden nie....uncle try lah cipta tempat bakar terbaru...so mudah dan cepat....






haaa mcam nie lah cara bakar lemang dulu.....susah jugak an....tapi skang ni Uncle dah ada tempat bakar yang lebih moden dan cepat..takde lah customer tunggu-tunggu nak kan lemang,tahun lepas Uncle bakar Seribu lebih batang untuk dijual di sungai besar,semua habis dijual...ye lah mana tak nya baru naik atas dapur jer orang dah tempah..kalau nak tau tahun lepas Uncle punya lemang nak makan kat Rumah time Raya 2 Batang jer..padahal Tokeh Lemang Tuh....Sabor je lah anak-anak ku....


KETUPAT

So tahun Nie Lemang uncle macam biasa ar pakai Dapur macam kat atas tu...so tahun nie Ketupat pun still ada jual macam taun2 sebelumnya jugak....SO WARGA SG BESAR jangan Lupa Beli Lemang Kat Uncle..Tahun 2011 LOKASI berhampiran PASAR AWAM LAMA...mcm biasalah lah kalau nampak HOT LEMANG tu Uncle Punya laa.....

Nanti Uncle akan bagitau Latest punya pasal Lemang uncle.....kat mana lokasi sebenar...so korang mana2 yang teringin nak belajar korang boleh datang ar kat Booth Uncle anti..cewah mcam JOM HEBOH laa plak...korang di alu-alukan...Dengan TAGELINE UNLCE..BUAT LIVE,BAKAR LIVE BARU LAA ORI....

TIPS PENTING

1.kadang-kadang orang yang jual lemang kat tepi jalan tu kadang ada juga yang menipu...rebus kat rumah sampai kat tempat niaga just wayang bakar guna arang..ish ish ish

2.Lemang yang dibakar lagi sedap daripada yang rebus,and lagi satu korang boleh    cek daun pisang kat dalam if daun pisang warna hijau muda sure laa rebus...

3.Lemang ni kalau dibakar site dalamnya akan garing dan rasa lemak tu lebih sikit laa.....

4.kadang-kadang tu ada orang datang beli lemang dengan uncle...dorang cakap.."bang ni bakar ke rebus" dengan selambaa Uncle jawab guna tageline uncle...BUAT LIVE,BAKAR LIVE,BARU LAH ORIGINAL....x Gitu Semuaaa.....


TEMPAHAN :

pasal tempahan pulak...al maklumlah raya2 ni ramai lah yang nak buat rumah terbuka..jangan buka semua bumbung rumah udah laa yeerr.....Uncle ada amik tempahan untuk jamuan Rumah-rumah Terbuka,majlis-majlis rasmi/tak rasmi x kesahlah majlis apa pun...asalkan pelanggan nak kan lemang uncle...sape angkat banyak Sure Kasi Diskoun...

NO CONTACT :

016-9085052 Samsiah
016-2743709 Johan@Uncle John
017-3754648 Pak Lang Boboy

















SALAM RAMADHAN DARI UNCLE JOHN

KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 




PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.