Friday 25 July 2014

SYAWAL KEMBALI LAGI!!!SALAM AIDILFITRI 2014 DARI HOT LEMANG


MENCARI BULUH TERABA-RABA,
SESAT SAMPAI TELUK KEMANG,
AILDILFITRI SUDAHLAH TIBA,
JANGAN LUPE HOT LEMANG.

Amboiii berpantun plak Uncle!!!!Salam dihulur maaf disambut,Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin , macam biasa tibanya syawal@aiduladha uncle pon start niaga Lemang di lokasi biasa di Hadapan kuater JPS@perhentian Bas Sungai Besar..

Kepada Peminat lemang x kira dari kuala lumpur,Negeri sembilan,johor,Melaka,kelantan seluruh semenanjung Malaysia mahu pon Sabah dan Sarawak boleh singgah di Sungai Besar untuk Merasai Hot Lemang Kami...
Lokasi Lemang Uncle tahun nie macam biasa Check This Out :>

Lokasi: Perhentian Bas Sungai Besar@Hadapan Kuaters JPS
Masa: 9 pagi sehinga pagi raya
harga: ikut pada size,tapi untk tahun 2014 nie special kasi kat hangpa...


Tiap tahun mesti ade soalan dan jawapan....


Soalan: Uncle lemang ade yang orginal ada yang palsu ker??

Jawapan : ada...maksud palsu tu lemang yang direbus kemudian dibakar lemang yang Original pulak lemang yang di bakar sepenuhnya dari proses awal membuat lemang...tapi rasa lemang direbus tidak sama lemang bakar..

Soalan : Uncle macam mana nak tau lemang tu rebus atau kukus...

Jawapan: Kalau lemang rebus pulutnya tidak berminyak ni kerana proses memasak santan dan pukut perlu memakan masa yang lama dan texture pulut agak lembik berbanding lemang yang dibakar mempunyai texture yang cantik dan proses memsak mengambil masa yang agak lama sehingga pulut dan santan benar masak dan mengeluarkan minyak dan rasanya lemak...

Soalan : Berapa lama lemang boleh disimpan...

Jawapan : bergantung pada penyimpanan..lemang yang dibakar terjamin dari segi rasanya kerana santan benar2 masak dan boleh mengambil masa sehinga 48jam...kalau nak simpan lebih lama dalam jangka masa 3 hari,perlu di panaskan di atas dapyr jangan didedah pada suhu sejuk atau udara yg tercemar...

Lebih elok pagi raya panaskan potong ape lagi.....panggil kaum kerabat makan bersama....syook kan...

untuk tempahan sebarang Majlis kenduri atau rumah terbuka hubungi:>

uncle john@johan : 0162743209
Sam: 0137423209@whatapps/wechat